“Ini yang korang tunggu”, Abang Viva Akhirnya Terima Kunci Kereta 4×4

Pasti ramai yang mengikuti perkembangan Abang Viva, hero bantuan banjir kita ni. Minggu lalu Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar telah bersetuju untuk menerima kereta 4×4 pemberian ikhlas dari usahawan wanita, Sha Hassan.

Minggu lalu Sha Hassan turut berkongsi perkembangan terkini kenderaan 4×4 itu dan mengakui agak sukar untuk mencari stok kenderaan itu ketika ini.

Sha terpaksa memberikan kemaskini selepas netizen melakukan tuduhan melampau dengan mengatakan dirinya tidak menunaikan janji dan hanya sekadar gimik marketing produk.

Abang Viva sudah terima kunci kereta 4×4

Bagaimanpaun, segala tuduhan melampau itu sudah terjawab apabila Azwan telahpun menerima kenderaan 4×4 itu hari ini.

Sha Hassan sebelum itu telah berkongsi satu gambar menunjukkan dia bersama suaminya mengambil kunci kereta 4×4.

Sha turut berasa syukur kerana banyak pihak membantu dia mencari kenderaan ini tanpa perlu menunggu masa yang lama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHALICIOUS®️ (@shahasan22)

Ibu dan ayah Azwan ucap syukur tak terhingga selepas lihat Mitsubishi Triton depan mata

Petang tadi Azwan ada buat satu sesi live di TikTok menunjukkan Sha Hassan bersama suaminya menyerahkan Mitsubishi Triton. Dalam video itu Sha Hassan sempat meminta ibu dan ayah Azwan menutup mata untuk melihat kejutan.

“Ini yang korang tunggu” – Kata Azwan.

Seronok tengok rakyat Malaysia sama-sama membantu kan? Tahniah Abang Viva, lepas ni mungkin boleh panggil Abang Triton pula, hihi.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Tiktok

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.