Noorkhiriyah Dedah Sikap Sebenar Puteri Balqis, “inilah Aqish yang sebenar. Nak buka mulut pun perlahan-lahan”

Pelakon berbakat besar Noorkhiriyah seperti tidak dapat mengawal emosinya saat mendepani sikap lemah lembut pelakon remaja, Puteri Balqis.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Khiriyah dilihat memuji perwatakan dan keperibadian pelakon yang mesra disapa Aqish itu yang disifatkan sangat tertib ketika bercakap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

“Assalamualaikum daripada Aqish untuk semua. Lemah lembut dia buatkan saya kalah. Sama-samalah kita amalkan nilai kasih sayang, bukan sebaliknya.

“Tidak kenal, maka tidak tahu. Dah tahu, inilah Aqish yang sebenar. Nak buka mulut pun perlahan-lahan ayat diatur. Seorang yang sangat tertib,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Ujar pelakon drama Nur itu lagi, dia turut memuji pelakon yang memulakan kerjaya sejak daripada usia kanak-kanak itu sebagai seorang pelakon yang mempunyai budi bahasa yang tinggi selain hormat pada orang lain.

“Tinggi budi bahasa. Diam sahaja kalau di set selagi belum tiba gilirannya (berlakon). Hormat orang tinggi sangat. Selamat maju jaya Aqish,” kata Khiriyah.

Menerusi video yang dikongsikan itu, Aqish yang sebelum ini pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014 turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menerima kemunculannya semula dalam mewarnai persada seni hiburan tanah air.

“Terima kasih terima kehadiran saya. Saya berasa sangat teruja,” ucap Aqish.

Ucapan Aqish yang lemah lembut itu sekali gus membuatkan Khairiyah berasa sangat segan melihat perwatakan pelakon tersebut.

“Suara pun tak mahu keluar. Sopan santun sungguh. Malu saya,” katanya.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji perwatakan pelakon tersebut selain menilai bakat lakonannya yang luar biasa.

“Lembut dan berbudi bahasa budaknya. Netizen sahaja yang sibuk nak kecam,” kata seorang pengguna Instagram.

“Gembira nampak Aqish. Suhanallah. Semoga Aqish sentiasa dilindungi, diberkati dan dipermudahkan jalan pintu rezeki,” kata seroang lagi netizen.

Terdahulu, nama Puteri Balqis kembali menjadi bahan bualan netizen apabila berkongsi foto memakai skirt pendek dan berstoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak sehingga mencetuskan tanda tanya ramai mengenai kehidupan terkininya.

Malah, ada juga segelintir netizen menganggap bahawa Aqish telah jauh terpes0ng daripada landasan agama Islam selain dilabel sebagai remaja berm4salah.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.