Rezeki Allah tak boleh dih4lang, “Ada orang yang selalu nak kita j4tuh…

“Ada orang yang selalu nak kita jatvh, nak kita nampak bvruk kerana itu adalah sebahagian besar kesukaan manusia.”

Demikian perkongsian kata daripada pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz memberi pesanan kepada orang ramai agar tidak terlalu pusing dengan krit1kan.

Kata Haris, 27, berhentilah daripada terlalu memikirkan tentang pendapat orang lain kalau ingin berjaya dalam kehidupan.

“Mulut-mulut ini jugalah yang menyeb4bkan manusia ramai masuk ner4ka.

“Jadi kepada anda yang sedang atau masih lagi mengikut apa yang diperkatakan oleh orang awam, kawan dan lawan yang neg4tif, maka berhentilah.

“Hal ini kerana, anda tak tahu kejayaan apa ada di hadapan. Pembenci tetap membenci (haters gonna hate) tapi rezeki daripada Allah tidak boleh dihalang,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Dalam pada itu, Haris turut melahirkan rasa syukur apabila jenama Markaz Tijaari miliknya dan isteri, Neelofa dinobatkan sebagai Best New Brand of The Year oleh The Asia Business and Leadership Award 2022.

Ujarnya, pencapaian itu bertitik tolak daripada hasil penjualan pelitup muka Nun Ha yang terjual lebih 800,000 helai dalam tempoh tiga bulan.

“Pelitup muka kita Alhamdulillah dapat terjual banyak sehinggakan dinobat sebagai Best New Brand of The Year oleh The Asia Business and Leadership Award.

“Pelitup muka ini sebagai penanda aras kerana harga terbaik dalam pasaran iaitu murah, mendapat banyak hadiah percuma dengan setiap pembelian, kualiti dan coraknya yang cantik.

“Alhamdulillah, dalam tempoh tiga bulan selepas dilancarkan tahun lalu, pelitup muka atau Facemask Nun Ha ini terjual lebih 800,000 helai,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.