Remy Ishak mula ris4u, kawan-kawan dan keluarga sering bertanya soal zvriat…

Pelakon Remy Ishak mengakui dia sudah mula ris4u dan sering memikirkan soal zvriat selepas hampir enam bulan bernikah.

Remy bagaimanapun memberitahu, dia dan isteri bukan tidak berusaha ke arah itu (anak), tetapi masing-masing sudah mula sibuk dan terikat dengan komitmen kerja.

“Apabila dah boleh mula bekerja ni, saya tiba-tiba ada juga terfikir mengenai anak. Diam tak diam dah lebih lima bulan kami berkahwin.

“Bukan tidak mahu ada anak, kami sendiri sudah beberapa bulan kahwin tapi belum ada tanda-tanda lagi. Terfikir juga macam mana nanti. Sudahlah kami masing-masing dah mula sibuk bekerja,” katanya.

foto- berita kopak cc

Remy atau nama sebenarnya Muhammad Zalimei Ishak ditemui ketika sidang akhbar program The Masked Singer Malaysia musim kedua di Kuala Lumpur semalam.

Tambah pelakon filem Pulang itu lagi, kawan-kawan dan keluarga juga sering kali bertanya soal zvriat kepadanya.

foto – azhan.co

“Masuk je penggambaran, ramai tanya bila nak ada anak. Belum ada apa-apa lagi ke?.

“Pertanyaan mereka ni betul-betul buat saya fikir dan mula risau perkara ini,” ujarnya yang bert1ndak sebagai salah seorang daripada 14 juri program berkenaan.

Kata Remy, 39, dia akan berbincang perkara tersebut bersama isterinya selepas ini kerana mereka berdua memang langsung tidak pernah bercakap soal berkenaan secara peribadi.

“Kami memang tak pernah bersembang perkara ini. Masing-masing sibuk dengan karier sendiri dan perancangan untuk tahun ini sampai tak terfikir pasal anak.

“Rancangan untuk pergi berbulan madu pun tak sempat lagi. Ingatkan lepas nikah dapatlah bersama pergi bulan madu dan buat umrah bersama, tapi tak tercapai juga hasrat tersebut.

“Bila dah ada kesempatan ni, kami berdua pula tiada masa dan masing-masing fokus dengan kerjaya. Saya sendiri sampai Jun nanti jadual memamg padat,” katanya.

foto- mstar

Terdahulu, Remy dan isterinya yang juga usahawan, Ezza Yusof, 38, bernikah pada 21 Ogos lalu selepas lapan tahun bercinta dan mengenali hati budi.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.