Jambatan runtuh, Penduduk kampung Bersatu usung jen4zah rentasi sungai

Penduduk di Kampung Sungai Rotan, Jelebu di sini terpaksa mengusung jen4zah merentasi sungai selepas satu-satunya jambatan alternatif yang menghubungkan lokasi berkenaan terputus sejak benc4na banjir yang lalu.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias di laman Facebook rasminya, hari ini.

Menurut Jalaluddin, sebelum ini, jalan untuk ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Rotan ini dihubungkan oleh dua buah jambatan.

“Pada bulan Mei tahun lalu, jambatan yang pertama telah rvntuh ak1bat dilalui lori yang lebih muatan.

“Sejak jambatan itu runtuh, permohonan untuk jambatan dibina semula kepada kerajaan negeri telah dilakukan.

“Saya dapat maklumat sudah terdapat kontraktor yang dilantik untuk bina semula jambatan itu, namun sehingga ke saat ini tidak ada sebarang kerja-kerja pembinaan yang dilakukan,” kongsinya.

Jelas beliau, keadaan ketika itu tidak terlalu mendesak kerana terdapat satu lagi jambatan alternatif yang merentasi sungai untuk ke tanah perkvburan tersebut.

“Tapi Allah itu Maha Besar. Perancangannya lebih baik daripada perancangan manusia. Ditakdirkan Tuhan, jambatan alternatif itu juga telah runtuh ak1bat benc4na banjir tempoh hari.

“Dan ini adalah ke$ kem4tian pertama yang terpaksa dikebvmikan di tanah perkubvran tersebut setelah ketiadaan kedua-dua jambatan perhubungan itu,” kongsinya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.