(VIDEO) Kecoh Kambing bermata satu muncul, Netizen kaitkan dengan dajjaI

Seekor kambing bermata satu yang lahir di Kampar, Riau, Indonesia menggemparkan orang ramai, dengan netizen mengaitkan kej4dian itu dengan kemunculan d4jal, iaitu m4khluk yang menyesatkan manusia, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video anak kambing itu dikongsi menerusi akaun Instagram @seputarkampar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SEPUTAR KAMPAR (@seputarkampar)

Anak kambing tersebut dilahirkan dengan hanya mempunyai satu mata manakala badannya normal, sama seperti kambing-kambing lain.

Menerusi video berdurasi 27 saat itu, dapat dilihat bahawa mata anak kambing itu berada di atas mulutnya.

“Baru-baru ini, seekor anak kambing dilahirkan dengan hanya memiliki satu mata, berbeza dengan kambing-kambing lain,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama video itu.

Berdasarkan maklumat akaun Instagram itu, kambing bermata satu itu milik seorang penduduk kampung Palung Raya Danau Bingkuang di Kampar.

Namun, tarikh kelahiran anak kambing itu  tidak dapat dipastikan.

Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian dengan netizen meninggalkan pelbagai komen.

“Dajal telah kembali,” tulis seorang netizen.

“Tanda-tanda dajal mahu turun,” komen seorang netizen lain.

Sehingga kini, pemilik dan keadaan kesihatan kambing aneh itu tidak dapat dipastikan. – AGENSI

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.