Shahir ditipu pembekal sarung tangan, “Jumlah kerugian yang dialami juga agak besar iaitu sekitar RM12 juta”

Penyanyi Shahir Zawawi terpaksa menanggung sekitar RM12 juta selepas menjadi mangsa penipvan oleh sebuah syarikat pembekal peralatan di hospital.

Ujar Shahir atau nama lengkapnya Ahmad Shahir Zawawi, 33, turut ditipu adalah seorang lagi rakan kongsinya.

KUALA LUMPUR, 9 September – Sesi foto Artis Hijrahkan Laguku, Shahir Zawawi pada Majlis Pelancaran Program Realiti TV Hijrahkan Laguku di TrEat Restoran & Bar, Jalan Ampang di sini, hari ini. Foto – FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/PEMBERITA – ATHIRAH

Kata Shahir, kej4dian tersebut berlaku sekitar Oktober tahun 2020 melibatkan 400,000 kotak sarung tangan yang akan dibekalkan ke hospital.

“Kami menjadi pembekal peralatan di hospital. Namun produk yang sepatutnga kami terima (sarung tangan) tiada, sebaliknya hanya kotak-kotak kosong.

“Jumlah kerugian yang dialami juga agak besar iaitu sekitar RM12 juta,” katanya.

Shahir yang ditemui pada konsert akhir program realiti Hijrahkan Laguku di Studio TV AlHijrah malam tadi memaklumkan dia sudah pun membuat laporan p0lis dan ke$ kini dalam proses undang-undang.

“Saya tidak boleh ulas lebih sebab ke$ ini sudah pun dibawa ke mahkamah. Semua ini melibatkan urusan antara peguam syarikat dengan pembekal

“Malah pihak pembekal yang men1pu kami juga sudah pun dikesan,” ujarnya.

Shahir dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur apabila memenangi program Hijrahkan Laguku pada malam tadi sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Kemenangan Shahir yang juga merupakan bekas Juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu telah mengetepikan tiga finalis lain iaitu Datuk Nash, Mark Adam dan Iwan Syahman yang berkongsi kedudukan naib juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

Sumber: –K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.