Shuib Dikec4m Netizen Kerana Terlalu Awal Cari Jodoh, “Saya tidak boleh tutup mulut orang”

Selepas lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu mengakui sedang mengenali seorang wanita.

Namun, Shuib dikec4m oleh netizen apabila ada yang menyifatkan terlalu awal untuk dibicarakan mengenai perkara itu. Tidak kisah dengan kec4man atau padangan diberikan netizen, Shuib berkata dia sudah lali dengan situasi berkenaan.

“Bab kena kec4m ini saya tidak kisah orang mahu cakap apa. Sebab yang rasa itu saya, selagi saya tidak kacau dan kata orang okeylah. Saya tidak boleh tutup mulut orang,” katanya.

Dikatakan masih terlalu awal untuk membicarakan soal jodoh, Shuib berkata tidak penting untuk mengambil kira padangan orang luar selain ibu dan keluarganya sahaja.

“Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria- ria sed1h sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh.

“Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depresi siapa yang hendak tanggung? Jadi, saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak pendapat orang.

“Saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mertua dan keluarga saya. Sebabnya yang ada dengan saya bukan netizen, tetapi keluarga saya. Jika ssya men4ngis dan tertonggeng di rumah tidak ada netizen datang bertanya khabar, saya okey atau tidak. Oleh sebab itu, saya hanya mahu fokus pada kehidupan saya sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib mengakui ramai wanita menghantar mesej untuk berkenalan namun dia tidak mengambil serius tentang perkara itu.

“Ibu setiap hari tanya, ada ke kawan yang boleh saya bawa berjumpa dengannya. Ramailah wanita yang menghantar mesej menerusi laman sosial bertanya khabar, tetapi saya takut.

“Jika mahu mencari jodoh perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tidak okey memang tidak akan jadi. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa like komen dan share!

SUMBER: KOSMO!

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.