Salji di Saudi tiada kaitan tanda kiam4t, kej4dian berkenaan sebenarnya hanya fenomena alam yang biasa

Umat Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak membuat andaian kononnya salji tebal berlaku wilayah utara Arab Saudi ada kaitan ‘petanda’ dunia semakin hampir kiam4t.

Sebaliknya, menurut Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Abdul Halim Abdul Kadir, kejadian berkenaan sebenarnya hanya fenomena alam yang biasa di negara tersebut.

foto – Life in Saudi Arabia

“Mungkin bagi masyarakat kita ada yang tidak tahu salji memang turun di wilayah itu setiap awal tahun dan bukan perkara pelik pun bagi rakyat Arab Saudi sendiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau merujuk berita mengenai salji di negara Asia Barat itu yang mendapat liputan amat luas media tempatan seolah-olah ia peristiwa aneh sehingga tular diperkatakan warganet tempatan.

Ada kalangan orang ramai mend4kwa konon kej4dian tersebut sebagai tanda dunia akan kiam4t apabila Tuhan ‘murka’ perlakuan m4ksiat dilakukan oleh manusia yang mulai ingkar perintah-Nya.

Mengulas lanjut, Abdul Halim yang berpengalaman menetap di Arab Saudi berkata, salji memang setiap tahun turun di utara negara Asia Barat itu dan tidak dianggap janggal bagi penduduk.

“Barang kali rakyat Malaysia selalu dim0mok persepsi salah sejak sekian lama yang Arab Saudi cuma negara tandus kering dilitupi padang pasir walhal fakta itu agak kurang tepat,” jelasnya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.