Ibu Seb4k dan Jatuh Sakit Baru Tahu Pemergian Bapa Ketika Pulang Dari Umrah!

Pemergian orang tersayang ketika kita tidak ada bersamanya memang sesuatu yang sangat menyed1hkan.

Lebih-lebih lagi jika pasangan hidup yang telah melalui susah senang bersama dan ketika pemergiannya kita berada beribu-ribu kilometer darinya.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @umiaisy apabila memuat naik momen ibunya yang baru sahaja tahu pemergian suami tersayang selepas pulang dari umrah sedangkan lelaki itu telah pergi menghadap Ilahi sewaktu dia masih di Kota Suci.

Menurut pengguna Tiktok itu lagi, mereka sekeluarga berpakat tidak memberitahu hal sebenar kepada ibu mereka supaya wanita itu tenang dalam melaksanakan ibadah umrah. Oleh itu, dapat dilihat titisan air mata wanita warga emas berkenaan ketika membacakan yassin di pusara bapa mereka sesudah habis tempoh idah.

Tambah @umiaisy lagi, sepatutnya bapa mereka turut menyertai ibu untuk ke Mekah, namun tiba-tiba j4tuh s4kit dan membuatkan ibunya berangkat seorang diri ke sana.

Sesudah pulang ke Tanah Air dan dimaklumkan perkara sebenar, ibunya yang memang kurang sihat sejak di Mekah menjadi semakin lemah sehingga perlu ditenangkan anak-anak.

Sehvbungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang berasa seb4k melihat situasi berkenaan kerana tahu akan kesed1han yang dirasai saat pemergian orang tersayang.

Walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan tind4kan anak-anak yang tidak memberitahu pemergian bapa sewaktu ibu di Mekah, namun pihak keluarga lebih mementingkan kesihatan wanita itu yang dimaklumkan agak lem4h semasa dalam umrah.

Akan tetapi, pihak mutawif sudah pun diberitahu awal tentang perkara tersebut dan mereka juga sudah melakukan solat jen4zah gh4ib tanpa pengetahuan ibu di sana.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: TikTok @umiaisy

Sumber: Apakes

Leave a Reply

Your email address will not be published.