Denda RM5k Akan Dikenakan Pada Pemilik Yang tak hirau haiwan berkeliaran di atas jalan raya

Terlalu banyak kemaI4ngan jalan raya yang melibatkan haiwan liar berlaku di Malaysia, terutama di kawasan pedalaman. Pihak berkuasa kini akan mengenakan kompaun sebanyak RM5,000 kepada pemilik yang biarkan ternakan mereka berkeliaran di jalan raya.

Menerusi laporan Kosmo, banyak aduan diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengenai isu haiwan berkeliaran di atas jalan raya di Daerah Pekan, Pahang pada bulan lalu.

Denda dikenakan kepada pemilik yang tak hirau keselamatan orang ramai

Enakmen Kawalan Kerbau dan Lembu 2001 telah dikuatkuasakan di negeri Pahang oleh JPV untuk mencegah elemen k4cau g4nggu kesel4matan awam.

Sekiranya disabitkan kes4lahan di mahkamah pula, pesalah terbabit akan dihvkum denda RM5,000. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Sharim Md. Zain

Aduan penduduk telah menyebabkan JPV mengenakan denda kepada mereka yang tidak bertanggungjawab dengan membiarkan haiwan berkeliaran di jalan raya, tanpa menghiraukan kesel4matan orang awam.

Sharim juga menyatakan beliau banyak kali lihat lembu berkeliaran meragut rumput di tepi jalan pada waktu malam, lebih-lebih lagi apabila waktu hujan.

Tind4kan terpaksa diambil JPV kerana masih ada pemilik yang degil dan tidak ikut peraturan ditetapkan serta tidak hirau kesel4matan orang ramai dengan biar haiwan berkeliaran.

Memang sepatutnya denda ini dikenakan dari dulu lagi kepada penternak haiwan yang tak bertanggungjawab kerana membiarkan haiwan berkeliaran di jalan raya.

Perbuatan tidak endah mereka ini sangat bah4ya kerana melibatkan ny4wa pemandu jalan raya terutama pada waktu malam, apabila jalan gelap dan haiwan tiba-tiba saja muncul di jalan raya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Kosmo

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.