Segamat merekodkan jumlah m4ngsa tertinggi, M4ngsa Banjir Terus Meningkat Di Johor

Hujan yang berlarutan beberapa hari ini telah mengakibatkan banjir di beberapa daerah di Johor, termasuk Mersing. 366 mangsa telah ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Mersing.

Menerusi laporan Awani, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R Vidyananthan mengatakan, jumlah mangsa tertinggi terletak di PPS Politeknik Mersing, dengan menempatkan seramai 104 mangsa daripada 27 keluarga.

Segamat merekodkan jumlah m4ngsa tertinggi

Menurut Vidyananthan, mangsa banjir di Johor kini meningkat dari 3,655 orang kepada 3,841 pada jam 8 pagi tadi.

Keseluruhan PPS yang dibuka setakat ini sebanyak 62, berbanding hanya 59 PPS pada tengah malam tadi di lima lagi daerah terjejas iaitu Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kluang.

Ketika ini, Segamat masih merekodkan jumlah m4ngsa tertinggi iaitu sebanyak 3,178 orang daripada 828 keluarga, yang ditempatkan di 47 PPS.

Manakala Kota Tinggi mencatatkan 122 mangsa daripada 41 keluarga, yang ditempatkan di 3 PPS.

Setakat jam 8 pagi tadi, Sungai Segamat dan Sungai Tangkak berada pada paras bahaya.

Para penduduk diminta untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku dan pastikan semua barang penting diletakkan di tempat yang selamat.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Awani

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.