T4kut dij4ngkiti C0VlD-19, Nabil Mahir ‘booked’ satu pawagam untuk keluarga

Demi faktor keselamatan selain ingin mendapatkan ketenangan menonton filem baharu Spider-Man: No Way Home, pengacara terkenal Nabil Mahir sanggup menempah keseluruhan panggung wayang supaya dia boleh menikmati filem tersebut dengan selesa bersama ahli keluarganya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Nabil yang juga suami kepada penyanyi dan juga pelakon, Ayda Jebat memberitahu, dia berbuat demikian (menempah keseluruhan panggung wayang) untuk keluarganya sahaja supaya dia boleh menikmati filem kegemarannya itu dengan selesa dan tenang.

“Lama tak pergi panggung wayang. Saya tidak mahu melepaskan peluang menonton Spiderman, jadi jalan penyelesaiannya, saya tempah keseluruhan panggung wayang untuk sekeluarga supaya boleh menontonnya dengan tenang dan gembira,” katanya.

Ujar lelaki berusia 34 tahun itu lagi, dia juga menempah sebuah bilik hotel berdekatan agar keluarganya boleh menunaikan solat seusai menonton filem tersebut.

“Saya juga tempah bilik hotel supaya keluarga saya dapat menunaikan solat.

“Rasanya saya sudah ada ciri bapa-bapa kot. Tetapi saya lebih rela ambil langkah berjaga-jaga untuk pastikan ahli keluarga saya selamat. Ana Nayla (anaknya) tinggal di rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil turut memberitahu bahawa dia terpaksa meninggalkan seketika media soal selama beberapa hari kerana tidak mahu mengetahui jalan cerita filem Spider-Man: No Way Home yang banyak bertebaran dalam media sosial.

“Salah satu sebab saya menjauhkan diri daripada media sosial kerana untuk mengelak daripada ‘spoiler’ filem Spiderman.

“Tapi sebenarnya bagus juga sebab saya PSM (puasa sosial media) seketika. Pada yang tahu, saya adalah peminat tegar Spiderman dan saya suka menonton filem di panggung wayang!” jelasnya.

Sekadar info, sehingga 27 Disember lalu, Spider-Man: No Way Home merekodkan satu lagi kejayaan apabila menjadi filem pertama era p4ndemik yang berjaya meraih kutipan lebih AS$ 1 billion dolar (RM4.18 bilion).

Ape pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.