Zara Zya Teruk Dikec4m Tak Pandai Guna Water Jet

Susulan musibah banjir berlaku, ramai selebriti turun padang menghulurkan bantuan serta terlibat dalam kerja pembersihan di kawasan terjejas akibat banjir.

Termasuklah, pelakon Zara Zya yang berkongsikan foto membersihkan lumpur dalam dewan yang terjejas baru-baru ini. Namun, perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai apabila ada netizen menegur cara pelakon itu menggunakan water jet dikatakan tidak betul.

Enggan ambil serius dengan komen negatif itu, Zara berkata dia hanya mahu fokus kepada misi bantuan banjir apatah lagi dia membawa amanah orang ramai yang menghulurkan sumbangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.malaysiaprihatin.com (@zarazya)

“Saya tak ambil serius pun dengan komen-komen negatif netizen. Bagi saya, janji saya dah jalankan tanggungjawab memberi bantuan kepada yang memerlukan.

“Lagipun, saya turun padang beri bantuan dengan membawa amanah orang ramai yang beri sumbangan. Jadi, siapa yang neg4tif kita tolak tepi.

“Bukannya nak buat tutorial, tapi asalkan dua jam setengah dewan itu sudah bersih… tu yang penting,” katanya.

Difahamkan, Ahad lalu Zara turun ke kawasan terjejas di Temerloh bagi menghulurkan sumbangan barangan keperluan serta membantu dalam proses pembersihan.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  MSTAR ONLINE

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.