(Video) KepaIa Lelaki Tersepit Celah Eskalator Gara-gara Lihat Gadis Cantik?

Tular video di Indonesia di mana ada seorang lelaki tersepit di eskalator di sebuah pusat beli-belah membuatkan semua pengunjung cemas.

Video yang di muat naik di Instagram @makasar_iinfo telah membuatkan pelbagai reaksi dari netizen dan rata-rata pelik bagaimana lelaki tersebut boleh tersepit di celah escalator tersebut.

Berlaku di pusat beli belah Mangga Dua, Jakarta

Kejadian ini berlaku di pusat beli belah Mangga Dua, Jakarta. Video itu menunjukkan empat orang individu telah membantu lelaki yang tersepit itu. Kepala lelaki itu telah tersangkut di antara pemegang eskalator dan dinding.

Apabila mangsa tersepit, eskalator itu telah dimatikan dan orang ramai sama-sama membantu menarik keluar kepala mangsa namun tidak berjaya.

Setelah dibantu oleh kira-kira 10 orang pengunjung, akhirnya kepala m4ngsa tersebut berjaya diselamatkan.

Netizen yang menonton video itu kebanyakannya ketawa kerana pelik sebenarnya bagaiman kepalanya boleh tersepit di celah eskalator. Ada juga yang mengatakan mungkin lelaki tersebut melihat wanita cantik, membuatkannya tak perasan akan eskalator tersebut.

Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen di ruangan komen tersebut. Apa-apa pun, semoga semua yang naik eskalator berhati-hati selepas ini. Nasib baik kepala lelaki itu berjaya diselamatkan. Kalau tak? Mesti pusat beli belah tu dah kena tutup kan? Haha.
Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Instagram

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.