Kenyataan Suhaimi Saad Tolak Allah Ada Di Mana-Mana, Menteri Agama Bakal Ambil Tind4kan Tegas

Gara-gara kenyataan berani yang dimuat naik bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Suhaimi Saad di Facebooknya tempoh hari, ia nampaknya telah menarik perhatian Menteri Agama, Idris Ahmad.

Menerusi laporan akhbar berita Utusan Malaysia, Idris telah meminta pihak berkuasa agama Islam negeri terlibat untuk mengambil tind4kan dan menyiasat dengan lebih lanjut mengenai kenyataan yang dikemukakan Suhaimi itu.

Ujar Idris lagi, diharap masyarakat di luar sana ambil maklum bahawa Jabatan Kemajuan Agam Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa cakna akan isu berkaitan akidah namun mereka menghormati bidang kuasa negeri.

Dalam ke$ ini, kita akan minta pengurusan agama negeri untuk menjalankan siasatan dan menyelesaikannya.

Tambahnya lagi, isu seperti itu sepatutnya tidak wujud dalam diri mana-mana individu atau masyarakat selaras dengan era perkembangan ilmu yang pesat dan membangun pada ketika ini.

Ujar Idris lagi, golongan seperti itu hanya wujud pada sekitar tahun 60-an dan 70-an sahaja.

Dalam pada itu, beliau berharap perkara seperti itu tidak melarat dan meminta pengurusan agama negeri terbabit untuk memanggil dan memberi nasihat serta berbincang secara empat mata dengan Suhaimi.

Misal kata Suhaimi masih berdegil, Idris memberitahu bahawa tind4kan undang-undang seterusnya akan dikenakan kepada penyanyi itu.

Terdahulu, Suhaimi Saad yang menggunakan nama akaun Mosus telah menulis mengenai tujuh perkara yang diikuti umat Islam namun ditolaknya iaitu v4ksin, bumi berbentuk bulat, sistem demokrasi, sistem perbankan riba, sistem pendidikan dunia, g4nja dan ketvm itu merb4haya serta kekuasaan Allah ada di mana-mana.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Utusan Malaysia

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.