Isteri Haqiem Rusli Nak Menangis Dapat Surprise Video Call Dengan Hanis Zalikha

Selepas mendirikan rumah tangga, penyanyi Haqiem Rusli dan isterinya Anis Sofea sering menjadi perhatian ramai apatah lagi wajah Anis dikatakan mirip pelakon Hanis Zalikha.

Baru-baru ini, Anis berkongsikan video dimana Haqiem membuat kejutan untuknya dengan menghubungi Hanis Zalikha menerusi panggilan video.

Menerusi perkongsian tersebut, Anis mengakui terkejut dan seperti hendak menangis apabila melihat Hanis dan Hairul Azreen melalui panggilan video. Ketika berbual, Haqiem dan Anis juga sempat menjemput mereka untuk datang singgah ke kedai makan mereka.

Sekitar tahun 2019, Anis pernah tular di laman Twitter apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon Hanis Zalikha.

Terdahulu, Haqiem Rusli, 23, selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hati Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.