Elyana bebas k4nser, “Perjvangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil”

Selepas lebih sedekad berjuang mel4wan k4nser limf0ma, penyanyi Elyana berkongsi berita gembira sudah bebas daripada sel b4rah yang mereb4k dalam tubuhnya.

Khabar tersebut didedahkan penyanyi yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi Instagramnya pagi tadi.

“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur dengan anda semua. Perjvangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil. K4nser saya sudah hilang!

“Alhamdulillah Ya Allah. Terima Kasih Ya Allah. Kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira ini.

“Terlalu lama tak dapat gambarkan ada tubuh badan yang sihat. ‘I love you Allah’,” tulis pemilik nama penuh Erneelya Elyana Emrizal itu.

Sepanjang bert4rung dengan peny4kit itu, dia mendedahkan sudah menjalani lebih 20 kali rawatan kim0terapi serta melakukan 30 sesi radioterapi.

Akhir tahun lalu sel k4nsernya sudah mereb4k ke bahagian hati, pangkal peha dan r4him sekali gus menyeb4bkan keadaannya agak membimbangkan sehingga berat badan turun kepada 35 kilogram.

Bagaimanapun, semangat penyanyi Kalis Rindu itu cukup kuat apabila terus melawan peny4kitnya dengan sokongan keluarga serta ramai peminat yang sentiasa mendoakan dia kembali pulih.

Walau berdepan kes4kitan selain menghadapi simpt0m selepas sesi radioterapi yang kembali dijalani pada pertengahan tahun ini, Elyana tetap kuat dan tabah selain kerap berkongsi mesej p0sitif menerusi laman sosialnya.

Secara tidak langsung, kekuatan ment4l penyanyi berusia 34 tahun itu berhadapan cabaran turut menyvntik semangat mereka yang senasib.

Terdahulu, Elyana membuat pended4han mengenai k4nser limf0ma tahap empat dihid4pinya selepas ters1ngkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.