[VIDEO] Melambung sampai atas bumbung, penunggang motosikal bertembung Dengan Kereta

Seorang pembantu kedai cedra p4rah selepas melambung sehingga ke atas bumbung sebuah bengkel apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta yang sedang memotong di Jalan Permatang Piah – Kampung Kolam, Pak Badol di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu menyeb4bkan m4ngsa, Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria, 19, pat4h paha kiri dan tangan kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Honda Civic sedang dalam perjalanan dari Melor menghala ke rumahnya di Kampung Tasek Pauh, Selising dekat Pasir Puteh.

VIDEO  KEJ4DIAN

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kej4dian, kereta yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

“Mangsa yang tiada lesen memandu sedang menunggang motosikal jenis Yamaha LC berada di laluan bertentangan bagaimanapun terus dirempuh kereta tersebut.

“Insiden itu menyeb4bkan m4ngsa melambung dan jatuh di atas bumbung sebuah bengkel yang berada di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Shuhaimi, m4ngsa meng4lami kecdraan p4rah apabila paha dan tangan kirinya pat4h sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk rawatan lanjut.

Ujarnya, anggota p0lis yang tiba di lokasi kejadian terus membuat pemeriksaan fizikal terhadap pemandu kereta berkenaan, namun berlaku pergelutan antara p0lis dan lelaki itu.

Katanya, pemeriksaan pada tubuh badan lelaki itu telah menjumpai d4d4h dipercayai jenis her0in seberat tiga gram dan 102 biji piI kvda yang dianggarkan bernilai RM3,020.

“Ujian saringan air kencing mendapati svspek p0sitif d4d4h jenis meth4amphet4mine selain mempunyai tujuh rekod lampau berkait ke$ d4d4h,” katanya.

Tambah Shuhaimi, ke$ disi4sat mengikut Seksyen 44 (1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 39A(1) Akta D4d4h Berb4haya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.