Iqbal Respon Balas Kenyataan DSV Tidak Benar, “Meng4rutlah RM50,000! Saya dulu permulaan RM1,400 saja”

Menerusi temubual bersama mStar, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida mendedahkan pernah membayar gaji bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkifli sebanyak RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.

Tampil membidas kenyataan Vida itu, Ahmad Iqbal berkata apa yang diberitahu oleh bekas majikannya itu adalah tidak benar dan hanya satu pembohongan semata-mata. Ujarnya gaji permulaan ketika dia bekerja hanya RM1,400 sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

“Meng4rutlah RM50,000! Saya dulu permulaan RM1,400 saja, nak naik RM200 pun sampai bergaduh nak kena buang kerja.

“Tahun ketiga barulah RM2000,00 lebih.Itupun saya berkerja dari Subuh sampai malam, gaji saya sama sahaja dengan staf lain, bahkan staf lain lebih tinggi..cuma siapa rajin dan kreatif buat sales mereka akan dapat setimpal dengan usaha.

“Tak baik berjanji dan buat macam tu! Nanti orang yang betul-betul mencari kerja berharap nak gaji sebanyak itu,” katanya.

Terdahulu, Vida memaklumkam dia menerima hampir 60 resume permohonan melalui emel tidak termasuk lebih 100 mesej peribadi (DM) diterima menerusi Instagram.

Vida berkata gaji RM10,000 yang ditawarkan bukan hanya sembang kosong, malah dia boleh memberikan lagi jika dapat melakukan tugasan dengan baik.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  MSTAR ONLINE

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.