Zizi kirana Berasa Tidak Layak dan segan orang Memuji nya, “Saya tak layak terima pujian”

Menerima doa baik-baik daripada netizen yang memuji penampilannya kekal menjaga aurat seorang muslimah walaupun bercuti dengan suami, Yusuf Bahrin di Semporna, Sabah, pelakon dan penyanyi, Zizi Kirana berasa terharu.

Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, berkata, dia tidak layak mendapat pujian menggunung yang dititipkan ramai peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)


Katanya, dia sendiri masih sedang belajar untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik dari hari ke hari.

“Saya rasa macam tak layak terima pujian daripada orang ramai. Tetapi, saya sangat menghargai doa-doa yang dipanjatkan mereka. Doa saya juga buat semua yang sedang dalam usaha menjadi muslim yang lebih baik.

“Kita belajar sama-sama dan perlahan-lahan mencari reda Ilahi. Saya sebenarnya segan orang puji hanya kerana pakai stokin, berpakaian labuh pergi pantai. Pada masa sama, saya juga berasa sangat terharu ramai mendoakan kesejahteraan saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ujar pelantun lagu Eh itu lagi, selepas video yang dimuat naik dalam Instagram meraih perhatian, ramai dalam kalangan peminat yang meminta tips daripadanya untuk kekal istiqamah.

“Sejujurnya, ramai yang hantar Direct Message (DM), komen minta tips bagaimana nak istiqamah.

“Saya pun tak tahu nak respons macam mana. Apa yang saya boleh katakan, kita belajar sama-sama. Tak kisahlah perlahan-lahan atau lambat, yang penting kita terus berusaha nak jadi muslim yang lebih baik dari semalam,” katanya lagi.

Mengulas perkembangan seninya, Zizi bakal muncul dengan sebuah lagi single menjelang awal tahun baharu nanti.

“Lagu baharu nanti lebih kurang rentaknya macam single sebelumnya iaitu Eh. Masih mengekalkan muzik hip hop nusantara. Komposernya juga orang yang sama iaitu Altimet,” kata Zizi.

Zizi berkahwin dengan pelakon Yusuf Bahrin, 29, pada 19 September lalu selepas dua bulan berkenalan ketika bersama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia.

Terdahulu, satu perkongsian video romantis Zizi dan suami bercuti di Semporna, Sabah meraih perhatian para peminat. Ramai memuji penampilan yang kekal menjaga aurat iaitu berstokin serta berpakaian labuh di sebuah pantai di sana.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.