Wanita Disa4mpuk Gara-Gara Menyanyi Sekuat hati ‘Tak Ingat Dunia’ Dalam Hutan?

Umum mengetahui, jika berkunjung ke sesuatu tempat, sudah pastinya kita perlu menjaga adab serta tingkah laku agar tidak berlaku sebarang insiden tidak dingini.

Sama juga situasi di dalam hutan, pesan orang dulu-dulu pernah berkata jika kita terlalu berseronok di kawasan tersebut, mungkin akan ada ‘m4hkluk’ yang mengg4nggu.

Wanita dis4mpuk, dikatakan ‘melalak’ sekuat hati di dalam hutan

Bagaimanapun, kejadian sama turut berlaku kepada seseorang individu selepas dikatakan tidak menjaga adab ketika berada di dalam hutan sehingga menerima ga4gguan m4hkluk halus.

Hal itu selepas terdapat sekumpulan individu yang dipercayai menyanyi sehingga lewat malam di sebuah inap desa sekitar Kemensah sehingga salah seorang daripada mereka dis4mpuk semalam.

Menerusi sebuah video berdurasi 57 saat yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, dia ketika itu bersama keluarganya sedang berkhemah berdekatan hutan tersebut.

Kej4dian di Kemensah, sewaktu kami semua camping bersama keluarga. Kumpulan ini melalak menyanyi sekuatnya tak kira waktu sehingga pukul 12 malam. Tiba-tiba salah seorang dari kumpulan yang melalak dis4mpuk, menjerit-jerit dirasuk.

Menurutnya, kumpulan individu terbabit mula menyanyi sekuat hati bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam sehingga menggangu orang ramai di kawasan sekitar.

Bagaimanapun, tind4kan mereka akhirnya membawa p4dah selepas secara tiba-tiba salah seorang dari kumpulan tersebut telah menjerit-jerit dipercayai dis4mpuk.

Tambahnya lagi, mereka mula memasang ayat suci al-Quran bagi menenangkan rakannya walaupun sebelum ini hanya ‘melalak’ sekuat hati.

Sekarang ini, mereka tahu pula pasang ayat al-Quran, sebelum ini melalak tidak kira tempat sehingga mengganggu orang lain.

Hutan adalah tempat istirahat mencari kedamaian bukan tempat untuk berhibur dan bersuka ria menyanyi sekuatnya tanpa menghiraukan pengunjung lain

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap kumpulan individu tersebut selain turut menasihati agar menjaga adab ketika berada di dalam hutan.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih dari 31,000 jumlah tontonan serta mendapat 4,400 tanda suka.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Facebook Cyril Bana I Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published.