Dukung heroin Bukan menyeronokkan pun, “Rasa macam dukung kerusi saja’”

Sebagai pelakon senior, aktor Zul Ariffin terbuka untuk memberi tunjuk ajar kepada pelakon baharu yang bergandingan dengannya dalam sesebuah naskah sama ada filem atau drama.

Ujar Zul, 35, dia berbesar hati untuk berkongsi pengalamannya selama bertahun-tahun sebagai pelakon dengan memberi tunjuk ajar kepada pendatang baharu tanpa perlu disuruh sesiapa demi memastikan karya yang didukung itu berjaya membeli jiwa penonton.

“Saya tidak kisah dan terbuka untuk membantu dan ajar pelakon baharu dalam industri daripada segi lakonan. Saya sebenarnya sudah lakukan perkara tersebut sejak dahulu lagi.

“Saya rasa bertanggungjawab untuk mencurahkan ilmu kepada mereka (pelakon baharu) kerana ada dalam kalangan mereka terlalu gemuruh sehingga tangan menggeletar. Jadi saya cuba berikan kerjasama terbaik,” katanya.

Pada masa sama, Zul juga berharap agar pelakon baharu itu juga mempunyai minat dan kesungguhan untuk belajar dengan membuang ego mereka.

“Saya juga berharap pelakon berkenaan mestilah turut berusaha untuk belajar dan membuang ego mereka untuk menuntut ilmu.

“Penonton percayakan lakonan saya setiap kali keluar di kaca televisyen. Maka sudah menjadi tanggungjawab hero (dirinya) untuk membimbing heroin (gandingan pelakon baharu),” jelasnya.

Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Ariffin ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM) di Hotel Royale Chulan The Curve, Petaling Jaya baru-baru ini pada masa sama juga mengakui sedikit kec3wa apabila pernah berdepan dengan pelakon baharu yang bersikap sambil lewa setelah diberikan tunjuk ajar.

“Kecewa tu pernah ada. Tapi saya tak akan selama-lamanya berada dalam industri. Jadi cuba kolaborasi bersama dengan baik atau merekalah yang rugi,” katanya.

Ditanya mengenai keterbatasan lakonannya bersama pelakon wanita terutamanya melibatkan adeg4n bersentuhan, Zul berkata, setakat ini berusaha untuk memperbaiki tutur katanya terlebih dahulu dalam usaha untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Apa yang boleh saya katakan, saya akan cuba jaga lisan dulu. Perubahan mungkin akan berlaku secara perlahan-lahan.

“Bila berlakon, bukan saya yang minta untuk dukung heroin saya. Tapi saya hanya ikut jalan cerita yang ditetapkan penulis skrip dan pengarah saja.

“Sebenarnya, kalau dukung pun, saya tak rasa apa-apa. Bukan menyeronokkan pun. Terasa seperti mendukung kerusi saja,” katanya.

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.