Sejuk saja mata memandang, ramai puji penampilan percutian Zizi Kirana

SEBELUM ini, Zizi Kirana pernah terkenal dengan imej s3ksi, namun semuanya telah lama terkvbur.

Beberapa hari lalu, penyanyi lagu Eh itu mencuri perhatian ramai dengan imej muslimahnya sepanjang percutian bersama suami, Yusuf Bahrin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Manis bertudung labuh, memakai blaus panjang longgar dan berstoking. Begitulah penampilan yang digayakan Zizi walaupun dia berada di tepi pantai.

Memang sejuk saja mata memandang Zizi. Sangat terjaga auratnya walaupun sedang menikmati percutian di sebuah pulau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

“Lihatlah wahai manusia, siapa sangka yang dahulu dih1na kerana pemakaiannya tetapi akhirnya menjadi wanita solehah buat suami,” puji seorang pengguna TikTok.

Lebih mengejutkan Diva, ada netizen dari Indonesia yang menitiskan air mata kerana terharu melihat kebahagiaan Zizi dan Yusuf.

Lain macam sungguh penangan pasangan ini. Semoga kekal bahagia dan diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata yang comel-comel.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.