DSV Cari Pembantu Peribadi Dengan Dua Syarat Mudah, Tawar Gaji RM10,000

Menerusi satu perkongsian di Instagram, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida kini sedang mencari lelaki kacak bagi mengisi jawatan sebagai pembantu peribadinya yang baru.

Dalam entri tersebut, Vida menawarkan gaji sebanyak RM10,000 dan mencari lelaki bujang berusia 25 hingga 30 tahun sebagai pembantu peribadinya.

Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan artis yang bergurau mahu mencuba nasib menjadi pembantu peribadi jutawan itu.

Lebih lucu, pelawak Shuib Sepahtu juga dilihat turut meninggalkan komen berminat mahu menjadi pembantu peribadi Vida.

Baru-baru ini, selepas putus cinta dengan bekas pembantu peribadinya, Vida gembirakan dirinya dengan bercuti di sebuah hotel terkemuka di ibu kota berharga RM50,000 untuk satu malam.

Ape pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.