Nota Terakhir Seorang Ibu Raih Simpati Netizen, “Tolong Kafankan Saya Di Hospital..”

Bagai sebuah permata! Itulah gambaran yang sesuai diungkap bagi seorang ibu yang juga merupakan insan yang bertanggungjawab dalam membesarkan kita dengan kasih sayang.

Sejak dari kecil lagi, pelbagai pengorbanan yang dilakukan termasuklah ketika melahirkan kita serta sanggup ‘mematahkan tulang’ dalam memberikan keselesaan kepada anak-anaknya.

Namun, jika kehilangannya pula, ia ibarat bagai hilang seri di dunia. Walaupun begitu, insan bernama ibu masih sanggup berjasa walaupun tiada lagi di dunia ini.

Seorang ibu tinggalkan warkah terakhir, raih simpati ramai

Bagaimanapun, terjadi sebuah kejadian memilukan apabila terdapat seorang ibu yang telah meninggalkan nota terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, seorang ibu dikatakan telah men1nggal dunia di rumahnya yang ketika itu hanya ditemani oleh seorang anak (seorang kurang upaya) OKU.

Dalam warkah terakhir yang ditinggalkan, arw4h telah membuat permintaan agar jen4zahnya dikafankan serta diserahkan kepada pihak hospital oleh kerana tidak mempunyai keluarga lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizalhakimm (@official_rizalhakimm)

Lebih menyayat hati, beliau juga turut meminta agar mukanya nanti tidak ditutup setelah dikafankan dan menunjukkan kepada anaknya itu serta memaklumkan bahawa ibunya sudah men1nggal dunia.

Selain itu, arw4h juga turut meninggalkan beberapa nombor telefon serta nama-nama kenalannya bagi memudahkan pihak hospital menghubungi mereka. Bagaimanapun, tarikh serta lokasi kejadian masih tidak diketahui.

Menerusi kapsyen di laman Instagram itu, dia turut meminta orang ramai agar mendoakannya serta berharap agar arw4h ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Netizen zahir rasa seb4k, simpati nasib anak OKU

Menjengah pada rungan komen, rata-rata netizen dilihat turut menzahirkan rasa seb4k akan perkongsian nota itu serta bersimpati terhadap nasib yang menimpa anak arw4h.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 800 tanda suka serta seramai 61 orang telah meninggalkan komen.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Instagram official_rizalhakimm

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.