“Shuib Keluarga Saya, Tiada Istilah Segan Tapi Saling Menghormati” – Ibu Mentua Tiri

Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi mengakui terkejut dengan dakwaan mengatakan Shuib kelihatan segan apabila bersamanya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fatimah atau mesra disapa Makde berkata tiada istilah segan wujud sebaliknya mereka sekeluarga saling hormat antara satu sama lain.

“Terkejut saya baca mesej ini. Sebenarnya tiada istilah segan sebab kami adalah keluarga. Tak wujud istilah menantu tiri ke, menantu kandung ke, menantu betul ke, menantu tipu ke sebab Shuib adalah keluarga saya. Anak-anak mereka semua cucu saya dan saya jaga sejak lahir,” tulisnya.

Dia yang kini menguruskan perniagaan Loveta milik Siti Sarah berkata hubvngan dia dengan Shuib sudah mula rapat sejak awal perkenalan Shuib dengan Siti Sarah 12 tahun lalu.

“Mungkin apa yang orang nampak ingat Shuib segan dengan saya, tapi sebenarnya kami saling menghormati. Lagipun masa arw4h Sarah bercinta dengan Shuib dulu pun, saya yang selalu temankan. Ingat lagi masa pertemuan pertama Sarah dengan Shuib, saya ada masa itu temankan arw4h.

“Bukan malu bukan segan tapi saya hormat. Saya minta doa baik-baik semua pihak untuk keluarga kami. Amin Insya Allah. Semoga doa yang baik juga berbalik kepada kalian semua,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa koman like dan share!

SUMBER: HARIAN METRO

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.