Aaisyah Dhia Sambut Hari Jadi Ke-7 Dengan Tujuh Biji Kek, diadakan di sebuah hotel mewah

Baru-baru ini, anak kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketujuh.

Menerusi Instagram, Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta tidak lokek berkongsikan momen di majlis hari jadi anaknya itu buat peminat.

Namun, lebih menjadi perhatian adalah kapsyen Che Ta yang memaklumkan sempena hari jadi anaknya ketujuh itu turut mempunyai tujuh biji kek.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel mewah di ibu negara itu, Aaisyah dilihat cukup cantik apabila menggayakan gaun labuh biru.

Antara kek yang disediakan adalah berbentuk sangkar, kek dua tingkat, kek dengan hiasan bunga ros, kek dengan hiasan huruf A dan banya lagi.

Perkongsian Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berseloroh agaknya jika sambut hari lahir ke-30 pasti akan ada 30 kek juga.

Che Ta mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin pada Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah kini berusia tujuh tahun.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  ASTRO GEMPAK

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.