‘Berubah jadi baik, diperIi kenalan itu ujian’, “Biarlah tak baik di mata manusia, asalkan baik di sisi Allah”

Dilihat semakin mendekatkan diri ke arah agama terutama selepas mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Zizi Kirana, pelakon Yusuf Bahrin enggan menyesakkan otak dengan memikirkan pendapat orang sekeliling tentang hijrahnya.

Yusuf atau nama lengkapnya, Muhammad Yusuf Bahrin, 29, sebaliknya menyifatkan segala pandangan skeptikal dan kata-kata sind1ran segelintir pihak kepadanya dari sudut positif. Baginya, segala respons tidak orang terhadap dirinya adalah sebahagian daripada ujian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

“Nak belajar jadi baik tapi kena perIi dengan orang yang kita kenal itu ujian. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Doakan orang yang perIi itu jadi lebih baik daripada kita masa akan datang. Hidayah milik Allah,” kata Yusuf.

Kongsi pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian Perempuan Tanpa D0sa, sesiapa yang dilahirkan sebagai seorang Muslim patut berasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai penganut agama yang diredai Allah SWT.

“Bapa saudara Rasulullah SAW, Abu Talib seorang yang baik hati budi pekerti yang menjaga baginda sampai hujung ny4wanya tapi masih tak dapat hidayah Allah SWT.

“Untung kita semua umat Nabi Muhammad SAW lahir, lahir Islam. Tinggal nak usaha jadi seorang hamba yang baik sahaja,” katanya menerusi untaian status berserta video berkenaan agama dalam Instastory.

Tambah Yusuf lagi, sebagai seorang hamba Allah yang jauh daripada kesempurnaan, dia tidak kisah dicela sesama manusia andai mendapat reda Ilahi.

“Biarlah tak baik di mata manusia, asalkan baik di sisi Allah.

“Apatah lagi kita ini hamba yang j4hil dan lemah, lagilah akan dicela sesama manusia,” luahnya.

Yusuf berkahwin dengan Zizi pada 19 September lalu di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju yang hanya dihadiri kenalan terdekat.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.