(VIDEO) Perbualan Terakhir Shuib Dengan Arw4h Siti Sarah Dalam MV Tinggalkan Diriku buat Netizen Seb4k

Selepas tiga bulan pemergian isteri tercinta, hari ini pelawak Shuib Sepahtu memuat naik muzik video Tinggalkan Diriku nyanyian Allahyarham Siti Sarah di laman YouTube miliknya.

Difahamkan, ianya nyanyian yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada tahun 2018.

Lebih seb4k, menerusi muzik video berkenaan Shuib turut berkongsikan rakaman suara perbualan terakhir bersama Siti Sarah sebelum arw4h isterinya itu ditidurkan.

Seorang pengguna TikTok berkongsikan klip perbualan tersebut dan dapat didengar dengan jelas Shuib memanggi isterinya dan mengatakan betapa dia amat menyayangi Siti Sarah. Shuib sempat memberikan kata-kata semangat buat arw4h isterinya untuk melalui ujian tersebut.

Sementara itu, menerusi Astro Gempak, Shuib berkata dia mendengar rakaman lagu tersebut selepas 6 hari pemergian Siti Sarah. Ujarnya, dia merasakan seperti arw4h sudah mengetahui yang dia akan pergi kerna cara penyampaian isterinya sangat berbeza.

“Enam hari selepas pemergiaan Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggal Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018.

“Rasa seb4k, h1ba dan segala rasa hadir tatkala mendengar semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi. Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER: ASTRO GEMPAK

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.