Kurang ‘Popular’ Di Awal Karier, Uyaina Dedah Pernah Disuruh Masuk Kel4b Malam

Sebelum ini, kec0h di media sosial apabila seorang pelakon terkenal, Nam Ron yang memuat naik sebuah hantaran di laman Instagramnya mengenai syarat tidak masuk akal dibuat oleh sebuah syarikat produksi.

Menurut tangkap layar yang dimuat naiknya itu, syarikat tersebut telah mengemukakan syarat dalam memilih pelakon berdasarkan jumlah pengikut serta ciri-ciri yang lain.

Fokus untuk mereka yang masih muda, popular dan mempunyai jumlah pengikut yang tinggi dalam Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TA Nam Ron (@_nam_ron_)

Perkara itu jelas menimbulkan perasaan tidak puas hati ramai orang terutamanya dalam kalangan selebriti yang jelas kecewa dengan syarat pemilihan tersebut.

Uyaina kongsi pengalaman, pernah disuruh berlakon minum di kelab malam

Berhubung dengan kejadian itu, pelakon meningkat naik, Uyaina Arshad turut berkongsikan pengalaman selepas tular isu mengenai syarat tidak masuk akal dalam pemilihan pelakon tersebut.

Menerusi ciapannya di laman Twitter, Uyaina mendedahkan dirinya pernah diminta untuk berlakon seakan-akan minum minuman keras di kelab malam bagi mudah dikenali dalam masa yang singkat.

Hal itu berlaku semasa awal karier pelakon berusia 29 tahun selepas terdapat pihak yang memandang dirinya kurang popular ketika itu.

Saya juga pernah kena tervk sebelum ini. ‘Uyaina, awak tak popular, perlu ada gosip liar. Apa kata awak pergi ke kelab malam dan pegang saja gelas kemudian berlakon sedang ‘minum’.

Kemudian kita rekod atau ambil gambar, pasti nama awak terkenal selepas itu.

Bercerita lanjut, Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad mengakui perkara berkenaan masih segar dalam ingatannya walaupun telah lama berlalu.

Namun, dia merasakan perkara itu seperti merendahkan maruahnya sebelum bertindak untuk tidak mel4kukan perkara itu bagi menjaga nama baik diri serta keluarga.

Selepas meluahkan pengalamannya, pelakon itu bagaimanapun tidak mendedahkan individu yang menyuruhnya untuk melakukan perkara terkutuk itu.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Twitter Uyaina Arshad I Instagram Nam Rom

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.