Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

Terima Panggilan ‘Misteri’, Perkongsian Pegawai Perubatan Ini Buat Netizen Meremang

Sejak akhir-akhir ini, jumlah angka j4ngkitan yang dilihat semakin menurun selepas pelbagai cara dilakukan termasuklah pengambilan svntikan v4ksin secara besar-besaran.

Selain itu, kita boleh melihat kegembiraan para frontliner yang bertugas selepas mereka akhirnya mendapatkan cuti serta dibenarkan untuk merentas negeri.

Namun, tidak diakui bahawa terdapat pelbagai kisah serta pengalaman ser4m yang pernah mereka hadapi sepanjang menjalankan tugas.

Pegawai kesihatan terima panggilan ‘m1steri’

Perkara sama turut berlaku kepada seorang penolong pegawai kesihatan U29, apabila turut menjadi mangsa ganguan mistik semasa bekerja.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikToknya bernama medicalasiststant, dia mengakui pernah menerima panggilan m1steri daripada pes4kit yang menyuruh pihak hospital untuk hadir ke rumahnya.

Panggilan itu dibuat pada jam 3 pagi selepas pihak hospital menerima panggilan apabila terdapat individu yang tidak sedarkan diri dan memerlukan pertolongan pihak ambulan untuk mengambil individu tersebut.

Alang-alang tu tiba-tiba saya teringat satu cerita masa saya bertugas. Kami dapat panggilan pada pukul 3.30 pagi daripada Medical Emergency Call Center (MECC).

Pes4kit yang call kami kata tak sedarkan diri kat rumah. Lepas tu, saya dan beberapa rakan yang lain pun bersiap dan menuju ke alamat yang diberikan.

Sampai-sampai tengok rumah gelap-gelita
Tambahnya lagi, selepas sampai ke rumah yang dituju, mereka mendapat keadaan rumah tersebut berada dalam keadaan yang gelap gelita.

Panggil-panggil tak sahut. Cemas juga masa tu. Kami call MECC tanya betul ke alamat rumah tu. Tapi mereka cakap betul.

Menurutnya, dia juga turut bert1ndak menghubungi nombor yang membuat panggilan tersebut, malangnya tidak dapat dihubungi.

Selain itu, pegawai perubatan itu turut mengakui mendengarkan bunyi suara seekor burung hantu pada atap rumah tersebut. Tanpa berfikir panjang. Mereka terus meninggalkan kawasan tersebut.

Masa saya sedang bercakap dengan rakan saya, tiba-tiba kedengaran bunyi burung hantu dari atas atap. Bergegas kami pulang selepas itu.

Lebih mengejutkan, selepas memeriksa maklumat berkenaan pesakit pada keesokan harinya, dia mendapati pes4kit tersebut sudah pun men1nggal dunia pada 3 tahun yang lepas.

Besok pagi check kat klinik nama pes4kit tu. Rupa-rupanya dah men1nggal dunia 3 tahun yang lepas.

Netizen beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen telah memberikan pelbagai reaksi termasuklah berasa terkejut dengan perkongsian yang dianggap misteri itu.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 300,000 jumlah tontonan serta mendapat 49,400 tanda suka.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: TikTok medicalasiststant

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *