Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

berduyun-duyunlah netizen mengucapkan tahniah Dan mendoakan Nora terbuka hati untuk memakai hijab selepas ini.

SEBELUM ini, boleh dikatakan hampir setiap minggu si cantik Nora Danish me­nerima kec4man netizen.

Bermula dengan dine in bersama anak-anak, kisah melancong dengan penampilan daring di Langkawi dan diikuti pula dengan kisah yuran sekolah putera sulungnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)


Kini, semua cerita negatif lenyap begitu sahaja dan Nora dilihat kerap memuat naik foto berhijab menerusi Instagramnya.

Difahamkan, penampilan gaya berhijab tersebut merupakan kempen terbaharu yang dijayakan Nora bagi mempromosikan berapa jenama pakaian Muslimah tempatan.

Namun, seperti biasa, apabila sudah berkongsi foto sebegitu, berduyun-duyunlah netizen mengucapkan tahniah selain mendoakan Nora terbuka hati untuk memakai hijab selepas ini.

Tidak tipu, memang cantik Nora berhijab. Sejuk sahaja mata memandang. Kita doakan yang baik-baik untuk Nora ya, manalah tahu esok atau lusa hatinya terbuka untuk memakai tudung. Hidayah ialah rahsia Allah SWT.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *