Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

Cuma bantu peniaga, penjual produk tersebut merayu dan saya tidak sampai hati untuk menolaknya – Raja Afiq

PELAKON Raja Afiq nampaknya tidak serik dikec4m netizen gara-gara menggunakan video berbaur lvcah untuk mempromosikan produk menegangkan aset wanita dalam Instagramnya.

Video tersebut memaparkan sebahagian besar payvd4ra seorang wanita yang hanya memakai c0li. Rata-rata netizen kecewa dengan t1ndakan pelakon drama Gerak Khas: Undercover itu kerana memuat naik video berkenaan pada Jumaat lalu.

Oleh kerana Raja Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 27, tidak menjaga sens1tiviti dan ini bukanlah kejadian yang pertama, dia ditvduh sengkek oleh netizen.

Ogos lalu, dia pernah bertindak memulangkan semula bayaran yang diterima hasil daripada reviu (ulasan berbayar) produk membesarkan payvd4ra dan memohon maaf serta memadam video tersebut selepas menerima kec4man hebat daripada peminatnya.

Bagaimanapun, t1ndakannya baru-baru ini jelas menunjukkan seolah-olah dia tidak pernah serik dikec4m. Meskipun sedar dengan kec4man yang diterimanya, dia masih menerima tawaran tersebut dan memuat naik video sebegitu dalam Instagramnya.

KOSMO!: Mengapa anda menerima tawaran untuk membuat ulasan tentang produk aset wanita meskipun sedar akan dikec4m?

Raja Afiq: Sebenarnya sebelum ini saya pernah buat sekali, tetapi saya pulangkan semula wang hasil reviu selepas menerima kec4man yang teruk daripada netizen. Tapi kali ini, penjual produk tersebut merayu dan saya tidak sampai hati untuk menolaknya.

Tidakkah anda berasa video promosi yang dimuat naik berkenaan berbaur lvcah dan keterlaluan?

Memang saya rasa video tersebut agak keterlaluan. Bahkan sebelum memuat naik video tersebut, saya telah meminta video yang lebih sopan daripada penjual produk itu.

Tetapi dia hanya memberi video tersebut dan saya terpaksa menggunakannya selepas menerima bayaran.

Saya hanya mahu menolong penjual tersebut mendapatkan jualan. Lagipun bukan saya yang berb0gel. Saya hanya fikir, reviu sekadar kerja dan video tersebut tidak akan diletak lama dalam Instagram. Esok lusa video berkenaan akan dipadamkan.

Adakah anda tidak terasa hati apabila menerima kec4man teruk daripada peminat dan netizen?

Sebelum memuat naik video tersebut, saya tahu pasti akan mengvndang kec4man. Jika saya membuat hantaran yang baik dalam Instagram, tontonan tak sampai beribu pun. Tapi kalau video sebegitu ramai pula yang menontonnya.

Soal mahu kec4m, suka atau tidak itu adalah hak masing-masing. Saya hanya buat kerja kerana sukar untuk puaskan hati semua orang.

Diseb4bkan anda bersetuju untuk melakukan reviu tersebut, netizen mend4kwa anda sengkek (tiada duit) kerana sanggup memuat naik video tidak sen0n0h seperti itu. Apa komen anda?

Soal isu sengkek, rezeki yang datang (reviu produk) tidak mungkin saya akan menolaknya. Walaupun dikatakan sengkek, saya masih boleh hidup seperti biasa.

Alhamdulillah, rezeki lakonan juga masih ada walaupun tergendala sebentar ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Sekarang saya sudah kembali bekerja seperti penggiat seni yang lain.

Mungkinkah t1ndakan memuat naik video atau hantaran dalam Instagram yang mengvndang kec4man ramai adalah salah satu strategi supaya nama anda menjadi sebutan ramai?

Saya tidak pernah berfikir sampai ke tahap itu. Orang lain mungkin merasakan saya sengaja buat hal kerana sudah lama senyap, tiba-tiba nama disebut-sebut gara-gara isu ini.

Walhal saya hanya melakukan kerja. Jujur, saya bimbang juga peminat akan lari kerana marah dengan t1ndakan saya. Namun, apabila difikirkan semula jika orang sudah tidak suka saya terpaksa terima. Biasanya mereka (peminat) marah sekejap sahaja.

Adakah anda serik untuk menerima tawaran reviu produk seumpama itu selepas ini?

Mungkin video yang dimuat naik pada Jumaat lalu adalah reviu terakhir untuk produk sedemikan. Selepas ini saya tidak mahu melakukan reviu yang mengundang kec4man ramai lagi.

Boleh kongsikan perkembangan terbaharu karier seni anda?

Drama lakonan saya yang sedang bersiaran di TV3 adalah Gerak Khas: Undercover dan tidak lama lagi, Mr. Bibik. Saya juga ada beberapa projek lain yang sedang berjalan, namun masih belum boleh didedahkan lagi buat masa sekarang.

Dengar khabar tidak lama lagi anda bakal mengeluarkan produk penjagaan kulit sendiri. Tiada pengalaman berniaga, apakah yang membuat anda berani mengeluarkan produk jenama sendiri?

Sebenarnya sebelum p4ndemik mel4nda saya sudah merancang untuk mengeluarkan produk sendiri. Namun, projek tersebut tergendala diseb4bkan pelbagai kekangan diseb4bkan p4ndemik C0vid-19.

Saya cuba untuk berniaga walaupun tiada pengalaman kerana suka mencuba benda baharu dan sebagai persediaan pada masa depan. Seperti berlakon, pada asalnya saya juga tiada pengalaman. Namun saya mendapat kepercayaan pengarah dan penerbit. Doakan usaha untuk berniaga berjaya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: –K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *