Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

Did4kwa Jadikan Erra Fazira Isteri Kedua, Faizal Azumu tampil beri penjelasan Rupa-rupanya setakat ini beliau hanya pernah bernikah sekali sahaja

Baru-baru ini, tular sebuah perkhabaran tentang pelakon tanah air, Erra Fazira yang dikaitkan dengan Menteri Belia dan Sukan, Faizal Azumu.

Menurut ciapan daripada seorang pengguna Twitter, dia menyatakan pelakon tersebut telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Faizal dan menjadi isteri kedua beliau.

foto – wikipedia

Perkara itu turut mendapat perhatian daripada Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek yang seakan-akan menafikan dakwaan itu menerusi hantarannya di laman Instagram.

Erra bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai isu tersebut dalam mana-mana platform media sosialnya yang lain.

Faizal Azumu tampil beri penjelasan

Berhubung dengan perkara itu, bekas Menteri Besar Perak itu bagaimanapun menafikan dakwaan telah bernikah dengan selebriti terkenal itu.

Menurutnya, setakat ini beliau hanya pernah bernikah sekali sahaja selain mengakui amat bahagian bersama isteri serta anak-anaknya.

foto – The Edge Markets

51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itu pun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya

Perkara itu dinyatakan beliau semasa menjawab soalan oleh Senator Datuk Razali Idris yang mahu mendapatkan kepastian susulan tular d4kwaan tersebut.

Meskipun pada mulanya, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim tidak membenarkan Ahmad Faizal menjawab soalan itu kerana di luar skop tumpuan, Ahli Parlimen Tambun itu tetap menjawab soalan tersebut.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Kosmo!

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *