Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

Zul Ariffin dikejarkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor selepas mengalami tekanan darah tinggi, petang semalam.

Pelakon Zul Ariffin dikejarkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor selepas mengalami tekanan darah tinggi, petang semalam.

Menurut pengurus Zul iaitu Afdal Shahizad berkata keadaan pelakon itu bertambah baik selepas mendapat rawatan dan kini sedang berehat di rumah.

“Zul kurang sihat dan dibawa ke hospital kerana mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi. Namun, keadaannya bertambah baik selepas berjumpa doktor dan mendapat rawatan lanjut. Selepas empat jam dipantau doktor, Zul kini berehat di rumah,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Zul yang memuat naik gambarnya terbaring di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanan di Insta Story sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  HARIAN METRO

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *