Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

Soffi Jikan Kini Sudah Bergelar Datuk?, Netizen mend4kwa gelaran itu telah dibelinya Tapi ini Jawapan Padu dari Beliau

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Soffi Jikan kini dikatakan sudah bergelar Datuk. Ia susulan perkongsian di Instagram miliknya yang memuat naik paparan Wikipedia menunjukkan namanya kini sudah bergelar Datuk.

Memetik laporan Utusan, Soffi tidak menafikan perkara itu namun memilih untuk tidak mengulas lanjut termasuk daripada pihak mana selepas mendapat nasihat daripada peguam.

foto – Astro awani

“Saya sudah lama terima gelaran itu, tetapi tak mahu komen lebih-lebih mengenai hal itu kerana telah mendapat nasihat peguam. Anda semua akan dapat jawapan sendiri kelak. Allah SWT tak akan menyembunyikan perkara yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Soffi tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi komen meskipun digesa kerana bimbang andai tersilap kata.

“Kalau saya jawab salah, tak jawab pun salah. Tapi saya rasa benda ini akan terjawab nanti, biarlah dalam bentuk surat rasmi atau sokongan bukti, itu lebih baik,” katanya.

Ditanya sama ada bimbang jika ada pihak terutama netizen akan mempersoalkan gelaran itu telah dibelinya, Soffi hanya tertawa kecil kerana baki dalam akaunnya hanya tinggal RM1.

“Nak beli gelaran Datuk? Saya boleh lampirkan tangkap layar kepada awak untuk buktikan akaun bank saya tinggal RM1 sahaja. Tak perlu temberang, saya jujur saja. Duit tinggal seringgit nak beli macam mana? Tak masuk akallah.

“Sebelum ini pun apabila ada yang tahu saya ada gelaran itu, ramai cuba datang nak minta derma dengan saya. Tapi apa yang mereka tak tahu, saya sendiri pun bukan orang senang, nak derma macam mana,” katanya.

foto – Mstar

Menurut Soffi lagi, dia tidak mahu orang memanggilnya dengan gelaran tersebut kerana baginya dia hanya menusia biasa.

“Tapi apa pun saya syukur. Allah berikan saya ketenangan walau tak senang. Dalam hidup ini, Dia bagi dua pilihan saja, senang atau tenang. Saya pilih tenang sebab orang yang senang tak selalunya tenang,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  UTUSAN ONLINE, CARI FORUM

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *