Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumunkan Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Esok

Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok, 11 Oktober 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan keputusan itu rakyat bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya.

foto – berita harian

“Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kadar v4ksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi C0v1d-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Data terkini akan dikemas kini di laman sesawang C0V1DNOW pada tengah malam ini.

“Rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan bermula esok jadi esok bebaslah dan inilah yang ditunggu oleh masyarakat. Bagaimanapun saya harap jangan ambil lewa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya pada sidang media khas dari Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber:– K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *