Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

Remaja OKU Dipercayai disorok lima m4khluk halus berwajah hitam, ditemui dalam keadaan lemah dan kecut

Orang kelainan upaya (OKU) yang dipercayai disorok lima m4khluk halus berwajah hitam selama 12 jam telah di­pulihkan semangat oleh seorang pengamal perubatan Islam dari Muar, Johor.

Bapa kepada Mohd. Fashah, 35, Samat Ramu, 63 berkata, ketika proses perubatan itu, anak­nya dikatakan masih bersama dua makhluk halus yang masih berdamping dengan anaknya itu.

“Mohd. Fashah ketika dijum­pai masih dig4nggu dua makhluk itu sehingga ke rumah sebelum pengamal perubatan itu menghalaunya,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Mohd. Fashah ditemui dalam keadaan lemah dan kecut dalamsebuah kolam terbiar akibat di­sorok makhluk halus.

Penduduk Kampung Sungai Raden, Lubuk China di sini mend4kwa kampung itu sering berlaku kejadian orang hilang secara m1steri dan dikembalikan dalam keadaan lemah kerana dipercayai menjadi ‘laluan keramat alam ghaib’.

FOTO – PULSK

Kata Samat, pengamal perubatan itu memberi gambaran m4khluk halus yang menyorok anaknya serupa seperti yang digambarkan anaknya tetapi lima berwajah hitam itu mengikat rambut.

“Malah, pengamal perubatan Islam itu turut menyatakan sudah menghantar dua makhluk halus yang masih mengikut anaknya itu ke rimbunan pokok sawit liar berdekatan kolam tempat anak saya dijumpai,” ujarnya.

FOTO – MEREMANG

Ujarnya, dia kini lega kerana dua m4khluk halus yang mengekori anaknya hingga ke rumah telah dihalau dan berharap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: –K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *