Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

Yusuf Bahrin Larang Ziri Kirana Buat Kerja-Kerja Berat, “dah terbiasa buat sendiri semuanya”

Sudah tiga minggu bergelar pasangan suami isteri, penyanyi Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin kini sedang bahagia melayari bahtera alam rumah tangga.

Menerusi sesi temubual bersama stesen radio Singapura, Ria 897, Zizi mendedahkan Yusuf mempunyai cara tersendiri dalam menyantuninya sebagai isteri. Kata Zizi lagi, sebelum ini dia tinggal seorang dan sudah terbiasa melakukan semua kerja-kerja sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin)


“Dia tak bagi saya buat kerja berat-berat..katanya tak payah. Sampaikan dia sanggup turun bawah jemput saya dan tolong angkatkan barang. Jadi, saya pula rasa tak biasa. Saya sebelum ini pun tinggal seorang, jadi dah terbiasa buat sendiri semuanya” katanya.

Ditanya mengenai siapa yang lebih cerewet menguruskan rumah tangga, Yusuf berkata isterinya seorang yang lebih rapi dalam memastikan rumah dalam keadaan terurus.

“Saya jenis yang suka campak tapi Zizi ada perangai yang ‘sakit mata’ bila tengok barang bersepah. Tapi kalau saya sepahkan saya akan kemas semula..” ujar Yusuf.

Terdahulu, Zizi mengejutkan ramai apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan Yusuf pada 19 September lalu dalam majlis ringkas di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER: ASTRO GEMPAK
SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *