Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

Orang awan Terkejut melihat kelibat seorang wanita yang terkandas di tebing, Rupa-rupanya mangsa sebenarnya adalah patung

Pasukan anggota bomba di Amerika Syarikat yang dipanggil untuk menyelamatkan seorang wanita berpaut pada sebiji batu besar terkejut selepas  mendapati mangsa sebenarnya adalah patung daripada penggambaran filem, lapor agensi berita United Press International semalam.

Jabatan Bomba Santa Barbara menyatakan, seorang saksi di Pantai Hope Ranch menghubungi talian kecemasan 911 dan melaporkan bahawa dia melihat kelibat seorang wanita yang terkandas  di tepi sebuah tebing tanpa peralatan mendaki.

“Anggota bomba kemudian tiba bersama trak, dron dan kenderaan pelbagai guna namun terkejut apabila mendapati ‘wanita’ tersebut adalah patung yang digunakan dalam penggambaran filem,” demikian ciapan yang ditulis oleh jabatan itu.

Jabatan itu bagaimanapun  berkata, individu yang membuat panggilan itu melakukan t1ndakan yang betul dengan menghubungi 911.

“Lebih baik menghubungi kecemasan daripada tidak berbuat apa-apa,” kata jabatan itu lagi. -AGENSI

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *