Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

Netizen puji kecantikan Izara Aishah persis bidadari

BARU-BARU ini pelakon jelita Izara Aishah berkongsi beberapa keping fotonya ketika makan malam bersama suami iaitu Adib Khalid sempena ulang tahun kelahirannya di sebuah restoran terkemuka di ibu negara.

Kecantikan Izara yang tampil mengenakan busana seperti jubah berwarna putih itu mengvndang rasa kagum daripada netizen, sehingga ada yang menggelarkannya sebagai bidadari dunia.


“Sebelum ini dia tidak bertudung pun sudah cantik, apatah lagi selepas berhijab. Persis bidadari,” puji seorang netizen.

Malah, terdapat juga pengguna Twitter yang sedang h4mil mahu lama-lama menatap wajah Izara agar bayi yang dilahirkan cantik seperti aktres filem Sejoli itu.


“Cantik betul Izara, nak tengok muka awak lama-lama. Saya akan melahirkan anak tidak lama lagi,” seloroh seorang netizen.

Dalam ciapan lain, Izara turut berkata bahawa setiap wanita akan bertambah cantik 70 kali ganda ketika berada dalam syurga.

“Awak tahu tak bahawa awak lebih cantik daripada bidadari? 70 kali ganda lebih cantik apabila di syurga.

“Bukan saya yang kata tetapi Allah SWT yang kata. Jumpa anda di syurga,” ciapnya.

Pesanan ringkas Mizz Lahar, jangan cemburu dengan kejelitaan orang lain kerana setiap manusia mempunyai kecantikan diri masing-masing.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: –K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *