Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

Pakar mend4kwa bahawa g4ngguan Faceb00k seluruh dunia yang berlaku Akibat Makhluk asing

Seorang ahli psikik dari Britain, Uri Geller mend4kwa bahawa g4ngguan seluruh dunia yang berlaku pada perkhidmatan media sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp Isnin lalu adalah berpunca daripada perbuatan makhluk asing, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Geller, teknologi canggih yang dimiliki makhluk dari angkasa lepas itu berupaya mengganggu sistem jaringan sosial terbesar tersebut.

foto – The Conversation

“Agensi Keselamatan Kebangsaan dan Pentagon (Amerika Syarikat) sedang menyiasat perkara ini. Teknologi makhluk asing boleh mengganggu sistem tersebut.

“Ia merupakan satu misteri yang besar untuk jaringan media sosial. Penjelasan yang masuk akal perlu diberikan,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Tambah Geller, selain teknologi media sosial, makhluk asing turut menyasarkan senj4ta nvklear di Bumi.

“Sistem peluru berpandu balistik turut dianc4m b4haya. Jadi, saya meminta agar isu ini disiasat dengan lebih terperinci,” ujarnya.

Pada Isnin lepas, kira-kira 3.5 bilion pengguna di seluruh dunia meng4lami g4ngguan pada Facebook, Instagram dan WhatsApp, di mana mereka tidak dapat menggunakan akaun, membuka aplikasi atau menghantar pesanan ringkas kepada pengguna lain.

Keadaan itu berjaya dipulihkan dalam masa tujuh jam.

Facebook Inc. menyalahkan pemadaman perubahan konfigurasi yang dilalukannya pada peranti router bagi menyelaraskan lalu lintas antara pusat datanya sebagai punca masalah tersebut. – Agensi

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: –K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *