Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

Permaisuri Selangor Hadiahkan Sesuatu Buat Anak Fazura Iaitu Fatima Aisya sepana hari kelahirannya

Baru-baru ini, anak kepada pasangan selebriti popular, Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya menyambut ulang tahu kelahiran yang pertama.

Lebih manis, Fatima menerima seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Fazura berkongsikan hadiah rantai berlian tersebut dengan loket huruf F bersempena nama Fatima. Selain rantai, Fatima turut menerima sekeping kad yang ucapan istimewa daripada Tengku Permaisuri Norashikin.

“Kepada Fatima, awak layak menerima semua cinta dan kebahagiaan di dunia. Selamat hari jadi,” tulis Permaisuri Selangor.Terharu dengan hadiah istimewa itu, Fazura menjunjung titah mengucapkan ribuan terima kasih serta menitipkan doa buat baginda Permaisuri Selangor.

“Kami sayangkan Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan kegembiraan, rezeki dan kasih sayang setiap hari, amin,” tulisnya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *