Berita Segera Dari Setiap Pelusuk Dunia

Iman Troye Akui Kontroversi Buat Dirinya Glamour

Sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi, penyanyi Iman Troye mengakui perkara itu sedikit sebanyak menaikkan namanya.

Namun, Iman berkata segala perkongsiannya di media sosial bukan untuk meraih publisiti tetapi untuk mendekatkan dirinya dengan peminat.

“Saya hanya menggunakan media sosial sepanjang p4ndemik ini untuk merapatkan diri dengan peminat dan berkongsi tentang kehidupan saya.

“Ya saya akui mungkin betul berita sebelum ini membuatkan orang lebih kenal say tapi dalam masa sama lagu pertama nyanyian saya iaitu Teman juga membantu menaikkan nama saya,” katanya.

Dalam pada itu, Iman akui sedih dengan t1ndakan segelintir netizen yang berterusan menghent4mnya namun dia menganggap ianya asam garam sebagai selebriti.

“Saya ingatkan diri apabila melangkah dalam industri ini saya kena terima baik dan buruk perjalanan yang harus ditempuhi sebagai anak seni.

“Yang bvruk jadi pengajaran untuk saya lebih matang dan berhati-hati sebelum buat sesuatu, saya pun selalu terima kata-kata semangat dari rakan artis dan peminat.

“Tipulah kalau saya tak stres tapi saya kena belajar membiasakan diri untuk menerima apa jua berlaku disekeliling saya,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: Rotikaya

SUMBER: MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *